Tuesday, October 15, 2013

Our First Meet.. (Semoga diredhai ALLAH SWT)

Assalammualaikum WBT, 
Selamat Hari Raya Aidiladha kawan kawan... Nadirah nak cepat-cepat update cerita yang berlaku pagi tadi.. Kerana ia seperti tidak dapat dibayangkan keputusan Dia untuk berjumpa mak and bak dira pada hari yang mulia ini.. Hari raya Qurban dimana Nabi Ibrahim A.S berkurban demi anak kesayangan dia kerana suruhan ALLAH SWT.. Kiranya hari kami berjumpa bagaikan hari pengorbanan untuk benda yang baik.. insyaALLAH.. Semua yang kita lakukan di dunia ini ada sebab dan hikmahnya.. Semuanya datang dari ALLAH SWT.. Aku bersyukur kehadrat Ilahi apabila Dia kata hendak berjumpa dan berkenalan dengan ahli keluargaku pada hari ini...

Selepas solat aidiladha, aku dan mak mempersiapkan juadah makanan dan menyediakan tempat makan pada pagi tadi.. Aku terasa gementar, malu dan gembira untuk menanti Dia sampai ke rumah ku.. Hanya ALLAH SWT sahaja tahu bagaimana perasaan aku pagi tadi.. Setiba sahaja telephone dari Aizol aku terus dapat agak dia dah sampai rumah aku.. Aku terus masuk ke dapur dan bersembunyi di bilik kecil di belakang dapur bagaikan takut dan malu sangat.. Dia pun masuk rumah dan bak dan mak pula menyambut dia datang masuk dan mereka duduk di hadapan (ruang tamu) bak pun mula bertanya beberapa soalan dan mereka pun gelak kecil dan bak bawa mereka ke tempat meja makan.. Ketika itu aku hanya duduk di dapur sampai laaa mak kata, "Hah ni laa Nadirah" aku pun tersenyum malu, memandang bawah dan memandang sikit ke arah Dia dan sepupu Dia lalu berkata, "Assalammualaikum" dan terus kedapur.. Mereka pun senyum dan duduk semula... 


Mereka semua makan makanan raya pagi tuh, smua juadah mak masak dan di tolong oleh aku.. Mak masak masakan jawa johorean.. hehehehe.. Sambil mereka makan bersama mak dan bak, mereka pun berkenalan, berborak, share stories dan macam macam lagi.. Aku pula perhatikan dari belakang Dia sahaja.. Luckily dorang duduk berbelakangkan dapur, so at least dira can diri kat dapur and perhatikan the whole thing heee


Selepas mereka semua habes makan and the conversation just keep going, suddenly, bak call me up, bak cakap, "Kakak ambil kerusi duduk sebelah bak ni"... At first i dont want to, when bak call me up twice immendiately i took a chair dan duduk sebelah bak, memang sangat malu because he was in front of my father... Memang tak duduk senang laaa namanya, in my heart was feeling like i need to get up and just stay at dapur jew heeee... But i did, duduk hanya beberapa minit dan aku pun terus bangun and terus ke dapur...

Mak pun cakap kat bak asked to bawa Dia ke dessert table.. So sambil mak buat teh, dira pun kemas pinggan dorang makan tadi, and basuh pinggan.. Semasa nak kemas, Dia masih duduk di main table, so dengan rasa gementar dan malu dira ask, "Boleh dira ambil pinggan, nak basuh".. (tak pandang straight to the eye.. heee malu!!) Dia pun cakap, "ouh ok terima kasih" and i too said, "terima kasih" Cehhhh wahhh... hehehe

Lama juga dira kat dapur, i just feel so shy.. so dira pegi depan pintu, pusing-pusing, jalan masuk dapur diri jew and then said to myself, takpe laa pegi je laaa duduk depan.. So dira pun duduk depan TV while my father at the dessert table dengan Dia and his cousin makan mango cake heee... Bak and mak asked me to sit at the dessert table but i said, "It's ok, akak tak nak".. I felt so embarass bila bak tunjuk my picture masa kecik kecik pegi Australia.. Ya ALLAH aku cakap kat bak, "Bakkkkkkk.... Makkkkkkkk...."... Tapi nak buat macam mana my parents they are more modern.. But what can i do, i just can call them with nada suara agak tegas... Ouh well, aku hanya mampu berdoa agar ALLAH SWT berikan hidayah kepada bak and mak aku sahaja.. Kita semua tak sempurna, dengan hidayah ALLAH insyaALLAH dapat menguatkan mak dan bak aku untuk berada dalam kehidupan yang lebih diredhai ALLAH SWT... insyaALLAH :)


Tetapi walau macam mana pun, i can see mak dan bak are very happy. Pada mereka tak pernah lelaki yang datang kenal mak dan bak, that intelligent.. Pada mereka, Aizol ni baik dan pasti boleh menjaga anak dia dan bimbing anak dia di dunia dan akhirat.. Apabila, tiba masanya selesai sahaja mereka berkenalan buat kali pertama, Dia pun meminta izin pulang.. Sebelum mereka pulang, adik aku Shahirah, mengajak untuk ambil gambar kami smua together.. I feel shy and i was happy to be in that situation. Aku bersyukur yang ALLAH SWT kenalkan aku dengan lelaki yang aku perlu.. ALLAH gives us someone that we need, not what we want... kerana ALLAH SWT lebih MAHA Mengetahui.. Perjumpaan kami pada hari ini, diakhiri dengan baik... ALHAMDULILLAH... Semoga inilah yang terbaik untuk KAMI semua.. insyaALLAH ~amin~


Doa ku sentiasa supaya ALLAH SWT merahmati hubungan kami agar kami dapat bernikah hingga ke Jannah.. Seandainya kami tidak dijodohkan itu semua ketentuan ALLAH SWT... Aizol mahukan kami simpan perasaan kami, hanya boleh luahkan apabila kami SAH dinikahi.. Ia seperti 'Bercinta selepas Nikah'..
Walau bagaimanapun, perasaan SUKE itu dah ada... Aku akan sentiasa berdoa yang terbaik buat KAMI... Semoga Dialah jodoh ku insyaALLAH... ~Amin~



Love,
Nadirah Mior 

2 comments: