Nadirah tak tawu nak buat apa, dira tak tawu nak cerita kat siapa, dira tak tawu nak fikir apa, kepada sesiapa yang baca ni, boleh bagi dira nasihat tak??
Tak sampai dua bulan pun lagi kami berkawan.. Yew dira admit, dira suka dia.. Dia dah buat parents suke dia, pada pertama kali pertemuan mereka.. Tapi, mungkin salah kami sebab suke cepat sangat, hati dan mimpi sentiasa bermain muka dia je, ada je kejadian yang mesti dia ada... (x paham kenapa dia sentiasa muncul dalam mimpi dira)
Dira tak tahu samada berangan-angan untuk bernikah pada mulanya, terlalu cepat untuk berperasaan begitu..
Dira berdosa kerana mengheret kegembiraan itu bersama mak dan ayah dira, apabila dia menjemput ke majlis kahwin sepupu dia..
Tak ku sangka, mak dan ayah sebenarnya dah beli majalah kahwin, dah pergi survey tempat untuk buat kahwin.. (aku rasa serba salah sangat sebab after aku balik berjumpa dengan mama dan papa dia, dia berubah untuk kebaikan kami)
Kami berdua discuss that it is for the best for us to separate for awhile.. but nadirah dont really feel heart broken with his decisions.. Eventhough it hurts not knowing how is he? what he is doing? how are things? even his cousins not replying my text? heee (tapi aku tawakkal and always said to myself, takpe nadirah sedih sekejap je, pasti satu hari nanti kau akan dapat kebahagiaan, insyaALLAH, pasti ALLAH SWT tak mahu lihat kesedihan sahaja)
But then, i explain to mak, that nadirah dan dia nak dapatkan keredhaan ALLAH SWT.. Sentiasa mendekatkan diri pada ALLAH SWT, agar satu hari nanti, apabila kami sudah bersedia, atau dia sudah bersedia dengan izin ALLAH SWT akan kami disatukan semula secara HALAL bukan dengan cara lalu, ia bagaikan seperti kami lalai dan terlanjur dengan kata-kata dan perbuatan..
Tetapi, mak berpendapat lain dari apa yang kami berpendapat.. Seri pada wajah mak sudah berubah..
Tadi petang, aku memasuki bilik mak, pada masa itu mak sedang tengok gambar pelamin dan hantaran.. Aku terus pegi kat mak, dan berkata, "Sudah mak, akak dah cakap banyak kali jangan mengharap, nanti mak jugak yang terluka, mak serahkan sahaja laah takdir antara kami di tangan ALLAH SWT" mak berkata, "tetapi kenapa dulu lain, kalau mak nak teruskan jugak macam mana.." i said, "tak payah lah mak.." mak pula berkata, "tetapi kenapa dulu korang seperti beriya-iya, tapi sekarang tak" aku cakap lagi sekali (dh banyak kali cakap benda ni, "Kami nak bertawakkal pada ALLAH SWT, kalau betul dia jodoh akak, nanti dia akan datang jumpa mak dan bak sendiri" mak pula berkata, "kalau dia betul suke akak, dia patut pertahankan your relationship and keep berkawan" i said, "Mak kami masih berkawan mak, masih whatssap kadang-kadang"... aku pun senyum dan berpaling muka ke belakang dan keluar dari bilik mak..
Aku masuk bilik, pening kepala aku layankan perasaan mak.. Kepala jadi berat dan terus tertidur.. Aku bangun dan terjaga dari mimpi mainan syaitan.. aku terus takde mood rasa macam nak makan ice cream hehehe... tp aku buat keputusan petang tu untuk siapkan suprise aku untuk dia.. Aku buka canvas dan ambil acrylic dan mula melukis tp aku tak tahu kalau dia suka atau tidak.. Aku tak sempat habiskan, besok kena pergi beli lagi ink untuk caligraphy plak.. Dalam aku buat benda tu, aku berdoa "YA ALLAH harap dia suka akan warna aku buat ni".. (Walaupun aku budak art, tapi tak penah aku lukis pakai canvas.. Ni first time buat, sebelum ni smua pakai kertas sahaja.. Tapi buat kelainan kali ni, tah mana dapat idea nak buat.. hehehe tapi aku tawu ni smua datang dari ALLAH SWT, aku juga mempunyai hasrat, jika kali ni berhasil, aku nak buat business tulis caligraphy ayat ayat dan jual, harap ia menjadi, insyaALLAH.. ~Amin~) Semasa membuat lukisan tu aku terasa tenang... pening kepala dan stress terus hilang.. ALHAMDULILLAH..
Tetapi semasa aku sedang buat, kawan aku salina whatssap aku, "babe, u ok x?" i said, "yes im ok babe", sal pulak kata, "tak tadi petang u call i, suara macam ada masalah je", aku pun cakap, "tak laaa babe, i stress je, alhamdulillah im good.." sal said, "takpe laaa besok kita jumpa ok, tadi i baru sampai dari JB penat rasa nak pengsan je nie" i said, "ok babe, boleh besok i pick u up ok, pastu pegi shah alam" sal pun kata, "It's a date" hehehhe (gembira aku dapat jugak bercakap dengan seseorang besok, hilangkan rasa yg memakan diri ni) heeeee
Aku pun terus melukis, selepas tu sepupu ku, nabihah telephone, "babe you ok tak? sorry tadi banyak keje" i said, "im good alhamdulillah, is just that..................." (aku pun cerita apa berlaku pasal mak aku kat nabihah) Aku tanya sepupu aku, patut ke aku cakap and call Aizol.. Tapi sepupu aku advice jangan, ia seperti menunjukkan aku ni mengharap sangat.. aku pun berfikiran sama dengan nabihah, jadi nabihah kata, "you let your mum ease her pain, jangan kasi dia sedih, try and ingatkan dia pasal bercuti di istanbul" (aku tak tawu macam mana nak buat macam tu kat mak, i'll make her more sedih nanti, sebab mak dah plan nak pegi istanbul nak belikan dia dan aku, (sejadah wangi turki, tasbih, jubah lelaki, kopiah dan macam macam lagi) semua tuk barang hantaran sebab mak dah plan..)
Tiba-tiba selepas maghrib, masuk solat isya', dia whatssap aku.. Aku terkejut kerana aku teringin nak whatssap dia tanya, jadi ke nak datang jumpa kami sekeluarga sebelum gerak ke Istanbul.. Tiba-tiba aku buka dan baca whatssap dia, tanyakan bila saya akan pergi dan macam macam.. Dira jawab whatssap dia, lalu menghadapkan diri pada kiblat dan terus bersyukur pada ALLAH SWT seperti dia tahu apa yang sedang aku tanya dalam hati aku ni... Aku tanya mak, terus muka mak berubah seperti marah dan senyum.. Lalu aku reply masa dan hari akan aku ke Istanbul... (aku terdiam sekejap lalu aku berdoa pada ALLAH SWT dan mengeluarkan air mata menangis..) Aku reply dan cakap, "Awak dapat jumpa mak dan bak sebelum kami berangkat pun dah buat dorang happy.. Thank you awak.."
Itu sahaja lah cerita dira pada hari ni... Kalau kawan-kawan boleh bagi nasihat.. Dira amat memerlukannya, walau bagaimanapun akan terjadi, dira doa pada ALLAH SWT agar ini lah terbaik tuk nadirah dan dia.. Aku berserah semua pada ALLAH SWT tapi aku memohon senyuman pada mak dan ayah aku.. Tak sanggup lagi aku melihat mereka beriya-iya untuk bercita-citakan anak sulung dia berkahwin.. Biarlah masa sahaja menentukannya.. Semua yang datang ada baik dan buruknya.. Jadikanlah apa yang dah terjadi ini. yang terbaik untuk KAMI SEMUA.. insyaALLAH..
Ps : minta maaf kerana aku meluahkan jugak apa aku tulis ni.. walaupun kami berjanji hanya selepas nikah.. tapi aku tak tertahan untuk meluahkan jugak.. SORRY... seandainya dia bukan jodoh ku, at least kalau dia terbaca dia tahu apa dah terjadi.. aku tak boleh simpan sahaja..
Love,
Nadirah Mior
Semoga inilah yang terbaik tuk kami kejalan ALLAH SWT
Ps: Dira penah experience, sepasang kekasih ini, berkenalan dan berkawan semasa mereka belajar di peringkat universiti, sampai towards selepas akhir semester, si perempuan meminta putus, secara tiba-tiba, walaupun hubungan mereka tidak mempunyai masalah.. Mereka bersetuju untuk seperate apart, tetapi selepas 5 bulan putus tiba-tiba lelaki itu datang kerumah perempuan itu untuk melamar si perempuan ini, kerana cinta dan sayang, perempuan bersetuju dan mereka both HAPPILY EVER FOREVER.. Jadi, tidak semestinya kita separate kita ni takde jodoh, mungkin ada cuma belom tiba masanya, dan mungkin juga kalau kita separate sementara sebelum bernikah ini, adalah yang terbaik, kerana masa itu ujian dari ALLAH SWT kuat untuk lihat kita lemah atau kuat dalam menghadapi situasi dan dugaan tersebut...
Apa dira nak cakap, dira redha dengan ketentuan ILAHI.. dira cuma berdoa agar ALLAH SWT beri kekuatan kepada mak dan ayah dira.. Ujian nak bina masjid mestilah lebih challenging.. hee Jadi, dengan itu, dira dah fikir, kalau dira kuat pasti mak dan ayah akan kuat jugak.. Jadi, nadirah akan tetap senyum dan bila mak dan ayah kata itu ini, dira akan cuba cakap positively.. KEEP POSITIVE IN MIND...
ISTANBUL AKAN AKU PERGI SABTU NIEH... ISTANBUL AKU DATANG... hehehe lalalalaa~