Tuesday, November 5, 2013

Aku berhijrah... Maal Hijrah 1435, 1 Muharram


Assalammualaikum WBT Friends,
Upper quote on the picture is just the right thing i would like to say, about Maal Hijrah 1435.. It stated, 

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan ALLAH (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat ALLAH. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Al-Baqarah : Ayat 218)

This year, Awal Muharram jatuh pada 5 November 2013.. I got so excited because of the reading of the doa akhir dan doa awal tahun.. Actually, sebelum ni dira memang selalu baca doa ni, but this time it felt different, I felt excited and was getting ready for reading it 15 minit sebelum maghrib dengan bacaan doa akhir tahun then selepas berkumandang solat maghrib di baca doa awal tahun..


Ketika, nadirah baca doa akhir tahun, tiba-tiba, keluar air mata.. Lalu, dira pun menangis so hard, membaca dengan hati yang ikhlas dengan penuh penghayatan tentang maksud doa tersebut.. Dalam hati berkata, "YA ALLAH SWT sungguh aku tak sempurna, sungguh banyak nya dosa telah aku lakukan tahun lepas, betapa lupa aku dengan kau ya ALLAH.. Aku deserve dan bersedia tuk menerima your punishment, but if ALLAH SWT feels that masih boleh diampuni dosa dosa ku itu, Aku berserah pada mu ya ALLAH.. Kau lah Maha Pengampun, Maha Mengetahui, Maha ESA" lalu aku pun menangis sekuat aku dengan rasa bersalah nya aku bergelumang dengan dosa-dosa lampau...

After few minutes of silent, suddenly berkumandang solat maghrib, setelah habes azan dan membaca doa, aku terus baca doa awal tahun.. Aku membaca dan tatkala membacanya, tak tertahan air mata aku, terus membasahi pipi aku.. aku membacanya dengan satu niat dalam hati dan dada ku, "YA ALLAH YA TUHANKU, Aku mahu sentiasa bertaubat dan berhijrah menjadi yang terbaik agar aku dapat berada di golongan orang-orang yang beriman, yang muslimin dan muslimat yang baik dan yang dijanjikan syurga baginya, aku berazam YA ALLAH aku akan sentiasa dekat kan diri aku pada mu ALLAH SWT.. dan berikanlah AKU dan KELUARGA ku ke jalan yang betul, benar dan lurus (Ke Jalan ALLAH SWT) dan aku berdoa untuk kesihatan dan rezeki dari ALLAH SWT bagi aku dan ahli keluargaku" lalu aku nangis seketika dan terus basuh muka dan ambil wuduk dan solat maghrib... Ya ALLAH kelegaan dan kelapangan di dada terasa bagaikan ALLAH betul betul mendengar dan aku percaya dengan semua ketentuan ALLAH SWT..

Aku berdoa, tahun baru ini, dapat aku rasai satu kegembiraan, semoga jodoh ku ada pada tahun baru ini.. Semoga kenalan aku dengan Dia benar-benar itu lah jodoh ku untuk kebaikan dunia dan akhirat aku.. Aku berserah semua perjalanan hidupku ini kepada ALLAH SWT.. Aku serahkan hati, jiwa dan perasaan ku ini kepada yang ILAHI (ALLAH SWT) agar ALLAH dapat memberikan kepada Jejaka yang benar-benar dapat menjaga dia dan memberi kasih sayang seperti ALLAH SWT menjaganya.. Semoga Dialah yang terbaik untuk ku..

~Amin~

Love,
Nadirah Mior




2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih kak awin, sentiasa menjadi pembaca setia dira...:) alhamdulillah syukur...

      Delete