Thursday, January 5, 2017

Suke dia, tapi....

Assalammualaikum Love,

Sekian lama aku tinggalkan erti suka, aku pasti lah pernah suka, suka tu subjektif, susah untuk dirungkaikan tapi senang untuk rasa..

Aku pernah cuba banyak kali untuk bercinta dengan manusia bernama lelaki, kalau tak sekejap sekejap, pasti berbulan bulan, tapi cinta itu pergi jua... aku tewas untuk bercinta, bukan benda yang senang untuk dirungkaikan kata hati, aku cuba, tapi aku masih tidak mengerti erti bercinta sebenarnya.

Sangkaan aku untuk berkahwin lagi sekali, punah balik. Kenapa nak bercinta? kenapa sayang tetapi  LELAKI yang aku fikirkan GAGAH itu, lepaskan cinta aku begitu.. Sebulan aku istiqomah untuk mengerti, apa salah aku kali ini.. Masih ada kah aku untuk menerima cinta manusia yang hanya sementara ini? Perlu kah aku berkata begitu...

Aku diam....

Aku istiqomah...

Berdosa nya aku ni, aku tak dapat maafkan diri aku sendiri...

Kenapa aku katakan aku sudah berdosa????

Kerana AKU telah lupa.... Lupa selupa lupanya yang memberi perasaan itu hanya ALLAH.. Kenapa perlu aku bercinta dengan manusia sedangkan ALLAH yang berikan aku perasaan itu. Aku tawu aku salah.. Aku akan cuba untuk tidak mempunyai perasaan sebegitu hebat sampai lupa, ALLAH lebih sayang and rindu pada kita.

Tapi, tiba tiba.... aku mula suka pulak...
Aku pergi ke kawan rapatku, siap membuat aku janji...
"BAHAWASANYA AKU TAK AKAN ADA PERASAAN CINTA LAGI PADA MANUSIA, KERANA AKU TAWU CINTA MANUSIA TAK AKAN KE MANA, AKU CINTA ALLAH"

ceewahhh....

Alamak, tersuka pada seseorang yang hanya bernama "kawan..." itu lah yang payah, bila cakap dengan dia saja kita boleh rasa JOMBLO HAPPY... HAPPY... tapi dalam hati, niat kau, tak boleh lebih dari tu... dan niat dia pun aku tawu.. 'Kami Hanya Kawan'... Aku akan teruskan hidup aku...

Terus kan hidup aku untuk berkawan, sehinggalah ada yang melamar aku... tapi payah.. aku tak rasa diri aku ni disukai orang untuk serius tapi hanya sebagai kawan....

aku berdoa agar ALLAH berikan aku peneman hidup yang serius... Itu sahaja lah yang aku mampu buat kerana aku tawu ALLAH tawu apa yang kite perlukan bukan apa yang kita mahukan... Jadi aku akan tunggu... Tapi mudah mudahan, dipercepatkan lahhhhhhh JODOH... Ya......

Amin....

Love,
Nadirah Mior